TILAPIA - SPESIES UTAMA TERNAKAN AKUAKULTUR AIR TAWAR DI MALAYSIA





IKAN TILAPIA merupakan salah satu spesies ikan air tawar yang diternak di Malaysia dan juga di peringkat global. Penternakannya semakin berkembang pesat kerana keistimewaan biologi, kedudukan pasaran yang luas dan potensi yang tinggi dalam penghasilan produk nilai tambah. Spesies ikan tilapia yang biasa diternak di negara ini ialah tilapia merah (Oreochromis niloticus) dan tilapia hitam (Oreochromis mossambicus). Kebanyakan penternak Malaysia lebih cenderung untuk menternak spesies ikan tilapia merah berbanding ikan tilapia hitam.

 

Penternakan ikan tilapia di negara ini masih berada di peringkat sederhana jika dibandingkan dengan negara lain seperti China dan Thailand yang telah mencapai perkembangan yang lebih pesat. Namun data pengeluaran semasa menunjukkan terdapat pola peningkatan pengeluaran spesies ini bagi tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Data merekodkan pengeluaran ikan tilapia merah bagi tahun 021 adalah berjumlah 30,022.49 tan etrik berbanding 25,468.59 tan metrik agi pengeluaran tahun 2017.

 

Berikut merupakan beberapa faktor yang endorong penternak menjadikan ikan lapia sebagai spesies utama ternakan kuakultur air tawar di Malaysia:

 

KADAR HIDUP DAN DAYA TAHAN PENYAKIT YANG TINGGI

Ikan tilapia boleh dikatakan antara spesies ikan air tawar yang mudah diternak selain daripada ikan keli. Ikan tilapia merupakan spesies yang rintang terhadap pelbagai jenis penyakit, tahan lasak, boleh bertoleransi dalam kepadatan yang tinggi dan dalam keadaan air yang berkualiti rendah seperti kandungan oksigen terlarut yang rendah. Sebagai contoh, O.niloticus boleh hidup pada tahap kandungan oksigen terlarut yang lebih rendah daripada 0.9 ppm untuk tempoh beberapa hari. Ia juga dapat bertahan pada paras karbon dioksida yang secara relatifnya tinggi, kekeruhan dan ammonia tidak terion.

Walau bagaimanapun, melalui pelaksanaan Amalan Akuakultur Baik di sepanjang peringkat penternakan seperti kawalan kualiti air, pengurusan makanan bernutirisi, kawalan biosekuriti yang efektif, pemantauan kesihatan ikan dan penetapan kadar tebaran yang optimum dapat meningkatkan lagi kadar hidup dan daya tahan penyakit spesies ini.

 


KEPELBAGAIAN PRODUK NILAI TAMBAH

Selain dipasarkan secara segar, ikan tilapia juga diproses dan digunakan sebagai bahan ut ama dalam penghasilan produk makanan kerana keupayaannya untuk menghasilkan pelbagai produk nilai tambah yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Kebiasaannya ikan tilapia diproses untuk menghasilkan produk seperti filet, pekasam, nuget, bebola

/ jejari ikan, sosej, keropok dan lain-lain. Selain itu, ikan tilapia juga digunakan secara meluas dalam penghasilan produk kesihatan (suplemen) dan kosmetik kerana mempunyai kandungan kolagen yang tinggi terutama sekali pada bahagian kulit. Selain itu juga, sisa pemprosesan ikan tilapia juga dapat digunakan untuk menghasilkan baja dan serbuk ikan (fish floss / fish meal) yang seterusnya diproses menjadi makanan haiwan ternakan.

 

a)    Kadar Pertumbuhan yang Cepat

Secara umumnya ikan tilapia mpunyai kadar pertumbuhan yang sangat cepat berbanding spesies ikan air tawar lain. Kadar pertumbuhan ini juga bergantung kepada pelbagai faktor seperti faktor persekitaran, suhu, sumber makanan, genetik, dan pengurusan ternakan secara kolektif. Sebagai contoh, suhu air yang lebih tinggi dapat meningkatkan tahap pertumbuhan manakala makanan yang berkualiti dan bernutrisi tinggi penting untuk menyokong pertumbuhan yang optimum.

 

 

 

Spesies ini juga dapat mencapai saiz pasaran dalam waktu yang

relatif singkat. Pada tahap yang optimum, kadar tumbesaran ikan tilapia boleh mencapai sekitar 2 hingga 3 gram per hari. Kebiasaannya penternakan ikan tilapia mengambil masa dalam tempoh 6 hingga 9 bulan untuk mencapai saiz pasaran (500g - 600g). Hal ini secara tidak langsung membolehkan penternak mendapatkan pulangan pelaburan dalam masa yang singkat.

 

b)     Permintaan Tinggi di Pasaran

Permintaan ikan tilapia oleh pengguna di peringkat domestik dan global terus meningkat dari semasa ke semasa berkadaran dengan peningkatan populasi penduduk dunia. Ikan tilapia sering menjadi pilihan utama pengguna kerana memiliki rasa yang enak, tekstur yang baik dan nilai nutirisi yang tinggi (tinggi protein, rendah lemak dan tinggi asid lemak omega-3). Selain itu, harga pasaran yang stabil menjadikan spesies ini sebagai pilihan di kalangan pengguna dan juga penternak. Permintaan yang tinggi daripada pengguna ini telah mendorong perkembangan industri penternakan ikan tilapia bagi memenuhi keperluan pasaran semasa.

 

c)     Tabiat Pemakanan

Umum mengetahui bahawa ikan tilapia merupakan haiwan jenis   omnivor. Di habitat semula jadi, spesies ini memiliki kemampuan untuk memakan pelbagai jenis makanan termasuk tumbuhan, fitoplankton, zooplankton, serangga, dan detritus organik. Tabiat pemakanan ini menjadikan spesies ini lebih toleran dengan

 

pelbagai jenis makanan sekali gus dapat memberikan fleksibiliti kepada penternak dalam aspek pemilihan makanan ternakan. Selain itu juga, ikan tilapia juga mempunyai kadar pencernaan makanan yang tinggi dan efisien menjadikan Kadar Penukaran Makanan / Food Convertion Ratio (FCR) spesies ini secara relatifnya rendah dan dapat menyumbang kepada pengurangan kos makanan ternakan.

 

d) Kepelbagaian Sistem Ternakan

Penternakan ikan tilapia boleh dijalankan dengan pelbagai sistem dan kaedah bergantung kepada skala operasi, sumber dan matlamat penternak. Beberapa sistem ternakan tilapia utama yang biasa dijalankan di Malaysia adalah Sistem Kolam Tanah, Sistem Kolam Simen, Sistem Tangki, Sistem Kanvas dan Sistem Sangkar.

  

Post a Comment

0 Comments