“LATIHAN TEKNOLOGI TERKINI UNTUK KUMPULAN SASAR”
Kuala Terengganu: Kursus Hands-On Technology (HOT) merupakan satu program kerjasama antara Jabatan Perikanan Malaysia melalui Bahagian Pengembangan Perikanan (BPP) dan MARDI bagi menganjurkan tiga (3) kursus kepada usahawan/kumpulan sasar pada tahun 2025. Sehingga Mei 2025, sebanyak dua (2) kursus telah berjaya diadakan secara fizikal di TESTBED MARDI, Terengganu iaitu Kursus Teknologi Pemprosesan Produk Sedia Di makan (Ready To Eat) pada 16 hingga 17 Jun 2025 dan Kursus Pemprosesan Makanan Produk Perikanan Menggunakan Teknologi Retort pada 18 hingga 19 Jun 2025. Kursus ini telah dihadiri seramai 46 orang usahawan daripada seluruh Malaysia.
Kursus ini juga membuka ruang untuk sesi komunikasi secara langsung antara usahawan dan jabatan mengenai hala tuju dan perancangan yang disasarkan. Selain itu, kursus ini juga dijangka akan membuka ruang pertambahan jaringan kerjasama sesama usahawan dari pelbagai negeri serta meluaskan peluang pasaran produk masing-masing.
Objektif Kursus:
- Mempelajari pengeluaran dan teknologi bagi makanan sedia dimakan (RTE), terutamanya untuk usahawan dan individu yang berminat untuk mengembangkan perniagaan makanan mereka.
- Peserta boleh memperoleh pengetahuan tentang memanjangkan jangka hayat produk, mempelajari butiran teknikal pemprosesan retort dan meningkatkan kemahiran pemasaran mereka.
- Peserta dapat mempelajari dan memahami teknologi terkini bagi peningkatan jangka hayat produk tanpa penggunaan bahan pengawet melalui teknologi retort.
Kapsyen Gambar:
|
|
- Sesi penerangan oleh tenaga pengajar bagi pembuatan sos keropok sira.
Peserta Kursus Pemprosesan Makanan Produk Perikanan Menggunakan Teknologi Retort pada 18 hingga 19 Jun 2025.
0 Comments