PEMINDAHAN TEKNOLOGI BIOFLOK


 

PEMINDAHAN TEKNOLOGI BIOFLOK

Rawang: Bahagian Akuakultur dengan kerjasama Syarikat Aquaculture Resource Center (ARC) Berkat Agro Food telah mengadakan Kursus Pemindahan Teknologi Bioflok di ARC Rawang pada 7 Mei 2025. Syarikat ARC ini mempunyai sebanyak 24 unit tangki yang menggunakan teknologi bioflok berdiameter 10 meter. Syarikat ini menjalankan aktiviti ternakan ikan tilapia, ikan keli, pembenihan keli dan tilapia, produk sejuk beku ikan akuakultur dan lain-lain produk.
Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada penternak dan kakitangan telah menyertai kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk menambah pengetahuan, mendapatkan panduan dan tunjuk ajar dalam aplikasi teknologi pengurusan ladang akuakultur menggunakan bioflok dengan menekankan produktiviti yang tinggi dan terancang. Sistem ternakan menggunakan teknologi bioflok ini dapat mengurangkan kos penggunaan makanan dan penggunaan air dalam ternakan.


Teknologi atau kaedah penternakan secara bioflok ini perlu disebar luas kepada seluruh pengusaha akuakultur untuk mengaplikasikan teknologi berkenaan dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran akuakultur.

Post a Comment

0 Comments