Ketam kulit keras ketam yang baru sahaja bersalin kulit menjadi ketam kulit lembut
PENTERNAKAN KETAM KULIT LEMBUT: SUMBER PENDAPATAN SAMPINGAN PENANGKAP KETAM
Oleh: Dokanaer Kasto Anak Muning
Pejabat Perikanan Laut Sarawak.
Pejabat Perikanan Laut Sarawak.
Pengenalan
'Ketam kulit lembut' merujuk kepada ketam nipah atau ketam bakau yang baharu selesai proses bersalin kulit. Kekerapan ketam bersalin kulit bergantung kepada saiz ketam berkenaan. Bagi ketam bersaiz 'C' dalam anggaran berat 12 hingga 15 ekor/kg, kebiasaannya bersalin kulit antara sembilan hingga sepuluh kali setahun. Bagi ketam bersaiz 'A' atau empat hingga lima ekor/kg, kebiasaannya tidak melebihi empat kali setahun. Semasa proses bersalin kulit, ketam tersebut akan membentuk cangkeng baru untuk mengganti cangkeng yang lama. Cangkeng yang baharu berkenaan akan menjadi keras semula dalam tempoh 24 jam di dalam air laut.
Penternakan ketam kulit lembut sesuai diperkenalkan kepada nelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti penangkapan ketam nipah. Aktiviti penternakan ketam kulit lembut telah mula diperkenalkan di negeri Pulau Pinang seawal tahun 90-an. Ketam yang digunakan adalah dari genus Scylla spp. kerana ia mudah didapati di kawasan paya bakau terutamanya di zon air pasang surut. Terdapat empat spesies utama di bawah genus Scylla iaitu Scylla serrata, Scylla paramamosain, Scylla tranquebarica dan Scylla olivacea.
Kelebihan Aktiviti Ini
Kelebihan yang ada pada aktiviti penternakan ketam kulit lembut ini adalah seperti berikut:
- Mudah untuk menyedia dan membina kemudahan asas.
- Permintaan sedia ada adalah tinggi dan mudah dipasarkan.
- Berupaya untuk mendapat harga yang tinggi di pasaran (tidak kurang dari RM40/kg).
- Tempoh penternakan adalah pendek dan kadar pulangan cepat (dalam tempoh antara tiga hingga empat minggu).
Penyimpanan adalah lebih mudah di mana jangka hayat penyimpanan ketam kulit lembut yang dibekukan adalah lebih lama berbanding dengan ketam keras biasa.
Harga pasaran terkini ketam nipah biasanya dalam lingkungan RM50/kg bagi ketam bersaiz 'A' dan 'B', manakala RM15/kg bagi ketam bersaiz 'C'. Justeru, penternakan ketam kulit lembut mampu menjana pendapatan sampingan kepada penangkap ketam.
Kaedah Penghasilan Ketam Kulit Lembut
1. Peringkat Pertama
Mengenal pasti kawasan semula jadi persekitaran bagi memastikan penggunaan sistem yang sesuai untuk penternakan sama ada sistem tangki konkrit, tangki gentian kaca, kolam atau sangkar di sungai.
Mengenal pasti kawasan semula jadi persekitaran bagi memastikan penggunaan sistem yang sesuai untuk penternakan sama ada sistem tangki konkrit, tangki gentian kaca, kolam atau sangkar di sungai.
2. Peringkat Kedua
Memastikan sumber bekalan ketam untuk dijadikan ketam kulit lembut adalah konsisten terutamanya ketam gred 'C'.
Memastikan sumber bekalan ketam untuk dijadikan ketam kulit lembut adalah konsisten terutamanya ketam gred 'C'.
3. Peringkat Ketiga
Hari pertama: Ketam yang akan digunakan sebagai ketam kulit lembut hendaklah diaklimasi (acclimatize) terlebih dahulu dengan air laut yang bersih selama lapan jam tanpa diberi makan.
Hari pertama: Ketam yang akan digunakan sebagai ketam kulit lembut hendaklah diaklimasi (acclimatize) terlebih dahulu dengan air laut yang bersih selama lapan jam tanpa diberi makan.
4. Peringkat Keempat
Hari ke-2: Ketam tersebut perlu di 'autotomize' atau ditanggalkan bahagian sepitnya dan ia boleh diberi makan.
Hari ke-2: Ketam tersebut perlu di 'autotomize' atau ditanggalkan bahagian sepitnya dan ia boleh diberi makan.
5. Peringkat Kelima
Hari ke-3: Proses 'autotomize' diteruskan di mana kaki jalan ketam ditanggalkan. Hanya bahagian kaki renang atau kaki kemudi ditinggalkan.
Hari ke-3: Proses 'autotomize' diteruskan di mana kaki jalan ketam ditanggalkan. Hanya bahagian kaki renang atau kaki kemudi ditinggalkan.
6. Peringkat Keenam
Hari ke-4: Ketam dilepaskan ke dalam bakul plastik dengan kepadatan 12 ekor/bakul. Pertukaran air dan pemberian makanan dilakukan dua kali sehari sehingga ketam bersalin kulit.
Hari ke-4: Ketam dilepaskan ke dalam bakul plastik dengan kepadatan 12 ekor/bakul. Pertukaran air dan pemberian makanan dilakukan dua kali sehari sehingga ketam bersalin kulit.
7. Peringkat Ketujuh
(Pemerhatian dilakukan secara berkala untuk mengenalpasti tanda-tanda ketam akan bersalin kulit).
(Pemerhatian dilakukan secara berkala untuk mengenalpasti tanda-tanda ketam akan bersalin kulit).
8. Peringkat Kelapan
Cengkerang baharu akan terbentuk dan cengkerang lama akan tertanggal. Apabila bersalin kulit, ketam tersebut boleh dikutip dan direndam di dalam air tawar. Kemudian ia dibungkus secara individu dan disejukbekukan.

Kualiti Air Optimum untuk Penternakan Ketam:
- pH: 7.5 - 8.5
- D.O. (Oksigen Terlarut): > 4.0 ppm
- CaCO³ (Kekerasan): < 100 ppm
- Ironize: < 0.2 ppm
- Salinity (Saliniti): 20 - 25 ppt
- Ammonia: < 0.2 ppm
Isu dan Cabaran
- Bekalan benih ketam hendaklah konsisten.
- Harus berdekatan dengan sumber penangkap ketam dan di kawasan yang mudah memperoleh bekalan air laut yang bersih.
Kesimpulan
Projek ini tidak melibatkan modal yang besar dan mampu diusahakan secara kecil-kecilan oleh nelayan penangkap ketam di kawasan paya bakau persisiran pantai. Tekniknya mudah untuk dipelajari serta mendapat permintaan yang tinggi. Di samping itu, kepentingan untuk memulihara hutan bakau sebagai tempat pembiakan dan sifat semula jadi ketam berkenaan akan lebih difahami oleh golongan nelayan. BP
0 Comments