TEKNIK ANALISIS PENYAKIT UDANG MENGGUNAKAN KAEDAH PCR


 

ANALISIS PENYAKIT UDANG MENGGUNAKAN KAEDAH PCR

Oleh: Nor Aida Suzana Abdul Rahman & Nazariah Mohd Nazri
Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Pulau Sayak, Kedah
aidasuzana@dof.gov.my
Unit Makmal Diagnosa di Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Sayak (IPPPS) memainkan peranan penting dalam menyokong aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan penyakit udang, yang melibatkan analisis makmal menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR). Saringan penyakit dijalankan secara berkala terhadap udang marin dan air tawar bagi memastikan udang yang akan digunakan untuk penyelidikan di IPPPS adalah bebas penyakit spesifik, terutamanya bagi penyakit berkaitan kehadiran virus.
Kaedah analisis yang digunakan ialah Real-time Polymerase Chain Reaction (qPCR) dan Nested Polymerase Chain Reaction (PCR) seperti di dalam jadual kaedah analisis.


Jadual Kaedah Analisis Mengikut Jenis Virus
SpesiesJenis VirusKaedah Analisis
Udang Harimau (Penaeus monodon)
Udang Kulit Keras (Metapenaeus ensis)
Udang Putih (Penaeus vannamei)
Udang Kaki Merah (Penaeus merguiensis)
1. White Spot Syndrome Virus (WSSV)
2. Early Mortality Syndrome (EMS)
3. Enterocytozoon Hepatopenaei (EHP)
4. Infectious Hypodermal and Hematopoietic Necrosis Virus (IHHNV)
5. Infectious Myonecrosis Virus (IMNV)
Real-time Polymerase Chain Reaction (qPCR)
Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)1. Macrobrachium rosenbergii Nodavirus (MrNV)Nested Polymerase Chain Reaction (PCR)
Analisis ini memfokuskan kepada pengesanan enam jenis virus utama. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 284 sampel dan 561 analisis udang telah dijalankan. Keputusan analisis menunjukkan tiga kes positif EHP (7%) daripada 46 analisis yang dijalankan untuk udang harimau, dan dua kes positif EHP (100%) daripada dua analisis yang dijalankan untuk udang putih. Bagi udang galah, hanya 12 kes positif MrNV (8%) direkodkan daripada 158 analisis yang dijalankan.
Sehubungan dengan itu, pengurusan kajian udang perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit melalui proses kuarantin bagi memastikan ia bebas daripada sebarang penyakit. Pematuhan terhadap langkah-langkah biosekuriti perlu diberi perhatian bagi memastikan risiko wabak penyakit udang dapat dikawal dan dikurangkan.

Kaedah pengambilan sampel udang untuk analisis penyakit dan proses pengekstrakan DNA atau RNA dijalankan, diikuti dengan proses PCR dan intepretasi keputusan seperti di dalam gambar rajah di bawah.



Post a Comment

0 Comments