Malaysia kini sedang
mengalami fenomena El Nino yang menyebabkan jumlah hujan berkurangan.
Fenomena ini menyebabkan penurunan paras air sungai dan kekeringan empangan.
Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KETSA),
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan bahawa Malaysia akan
mengalami kejadian El Nino untuk tempoh lima bulan iaitu bermula bulan April
hingga September 2023. Fenomena ini akan memberi kesan buruk kepada negara
dengan mengurangkan jumlah hujan.
KESAN EL NINO KEPADA
INDUSTRI PERIKANAN
Berdasarkan kepada trend
kejadian fenomena El Nino pada tahun 1997, 2007, 2016 dan perbandingan
pengeluaran pada tahun 2023e, dijangka subsektor perikanan akan turut terjejas
kesan El Nino pada tahun ini.
Pendaratan ikan laut
dijangka akan menurun sebanyak 5% melibatkan penurunan pengeluaran sebanyak
±70,000 t.m pada tahun 2023.
Berdasarkan pemerhatian, fenomena El nino ini hanya memberi kesan yang
sedikit kepada pendaratan ikan laut dan tidak akan menjejaskan sumber perikanan
buat masa ini.
Walau bagaimanapun, fenomena
El Nino boleh memberi kesan terhadap ternakan akuakultur, di mana peningkatan
suhu menyebabkan penurunan kandungan oksigen terlarut, memberi tekanan serta
kesan negatif terhadap ternakan yang menyebabkan kematian ikan dan kejadian
penyakit.
Berdasarkan kepada
pemerhatian data pada tahun 2007, fenomena ini juga dijangka akan menjejaskan
ternakan ikan dalam sangkar (±10% penurunan) pada tahun 2023. Manakala, bagi
air payau sedikit penurunan juga dijangka akan berlaku pada ternakan ikan dalam
sangkar dan kolam sebanyak
±2% pada tahun 2023. Selain
itu, ternakan rumpai laut juga dijangka akan turut terjejas. Secara
keseluruhannya, pengeluaran akuakultur dijangka akan menurun sebanyak 19,700 t.m
manakala perikanan tangkapan akan menurun sebanyak 70,000 t.m di mana anggaran
sebanyak 6% sahaja ikan makan akan berkurangan akibat kesan El Nino ini.
LANGKAH-LANGKAH MITIGASI
Kementerian Pertanian dan
Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyusun langkah- langkah mitigasi bagi
memastikan bekalan ikan mencukupi untuk keperluan rakyat di sepanjang musim El
Nino seperti berikut:
a) Memastikan stok penimbal ikan rakyat
adalah mencukupi untuk bekalan sehingga enam (6) bulan.
b) Eksport ikan rakyat seperti ikan kembung,
selayang, selar, cencaru dan pelaling dikawal sepanjang musim El Nino bagi
menjamin bekalan ikan di dalam negara untuk rakyat.
c) Menambah operasi pukat jerut di perairan
Sarawak yang mana sumber pelagik kurang dieksploitasi.
Selain itu, Kementerian
Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga telah menyediakan
langkah-langkah mitigasi kepada golongan sasar yang terlibat dalam aktiviti
akuakultur di dalam menghadapi fenomena El Nino seperti berikut:
LANGKAH JANGKA MASA PENDEK
• Menggalakkan pengusaha untuk mengurangkan kadar tebaran benih
dan pemberian makanan kepada ikan.
• Menuai ikan yang telah mencapai saiz pasaran.
• Mengubah kedudukan sangkar ke kawasan yang lebih dalam.
• Me l a ksan a ka n kh i d ma t n a si h a t berterusan, seperti
penyediaan pengudaraan dengan menggunakan pam dan menutup sebahagian sangkar
dengan bahan jaring tanaman orkid dan sebagainya.
JANGKA MASA PANJANG
• Menasihati pe ngusaha untuk menangguhkan operasi ternakan ketika
berlakunya fenomena El Nino.
KEMATIAN IKAN KESAN DARIPADA
FENOMENA EL NINO
• Mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, Jabatan Pengairan
dan Saliran, Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar untuk menilai
tindakan menangani dasar sungai yang semakin cetek akibat perubahan beting
pasir dan aktiviti perlombongan pasir.
• Sistem air kitar semula – meminimakan
penggunaan air di dalam
sistem yang terkawal (seperti kolam dan hatceri).
• Membangunkan pengurusan kemarau dan banjir untuk penternak.
• Kajian pembangunan baka yang mempunyai daya tahan kepada perubahan
cuaca.
• Model kesan perubahan iklim ke atas perikanan dengan pembangunan
model bagi impak perubahan iklim ke atas akuakultur.
0 Comments